Tuesday, September 30, 2014

BAB 6 - PEMBANGGUNAN NEGARA (WAWASAN 2020) - English Article

The Vision

Vision 2020 is not only a mission for Malaysia to advance economically, but also for the nation to achieve an ideal social and political environment. Apart from that, it emphasises on the betterment of governmental system, life quality, social and spiritual values, national pride as well as confidence.
To refresh our memory, here are the nine key challenges in Vision 2020:

Challenge 1: Establishing a united Malaysian nation made up of one Bangsa Malaysia.
 

Economically Challenged
Strangely enough, the architect of the plan, Mahathir, has in the past expressed doubts on Malaysia's ability to achieve economic goals of Vision 2020.
In 2010 at the Perdana Leadership Foundation's CEO Forum, he pointed out the economic crises that hit the nation in 1997/97 and 2008 was a major setback and halted our progress in achieving Vision 2020.

In a 2011 research by the University of Massachusetts-Dartmouth titled Mapping the Global Digital Divide, a map showing the spread of computer and communications technology around the world was created. In the study, it listed Malaysia as one of the 'emerging market economies' along with 24 other countries among which are Vietnam, Indonesia, Hungary, and South Africa. The study explained that emerging market economies are growing nations that fall between the extremes



Challenge 2: Creating a psychologically liberated, secure and developed Malaysian society.  
Challenge 3: Fostering and developing a mature democratic society.
Challenge 4: Establishing a fully moral and ethical society.
Challenge 5: Establishing a matured liberal and tolerant society
Challenge 6: Establishing a scientific and progressive society.
Challenge 7: Establishing a fully caring society.
Challenge 8: Ensuring an economically just society, in which there is a fair and equitable  distribution of the wealth of  the nation.
Challenge 9: Establishing a prosperous society with an economy that is fully competitive, dynamic, robust and resilient.
The former Prime Minister then advised the government to focus on stimulating Domestic Direct Investments (DDI) instead of courting Foreign Direct Investments (FDI). He acknowledged FDI has helped the country grow in the 80s and 90s, but argued that the situation has now changed.
In recent days, it is difficult for Malaysia to compete with the significantly lower costs countries such as Vietnam and China have to offer.
Mahathir reiterated the emphasis on FDI during that period (80s and 90s) played a major part on why we aren't progressing as much as we would have liked today. We at that time offered labour and resources at a much low cost, and this turned Malaysia into a country that specialises in labour-intensive activities.
Overtime, this had caused other countries that are focusing on innovation to out-leap us with technological prowess and their cutting-edge financial sectors.
The Middle Income Trap
According to a report by the World Bank last year, our dependence on low wage labour input has also put us in a 'middle income trap'. This means, our country can no longer offer low cost labour compared to other countries, nor can we compete against countries with rapid technological advances.
reviewVision 2020 at a glance seems an economic vision simply because it concerned the question of economic development for Malaysia to become an industrialized nation, but if it is actually more refined than that because it also touches on matters related to social and lifestyle aspects such as formation and the nature of race, morality and ethics, national culture, human resource development and others. 

Vision 2020 is not a slogan proclaimed, but it is more of a framework for action framework of action for every citizen to take certain steps to ensure that Malaysia is a truly prosperous. In the context of this vision requires some important software, among them the quality of the work produced by the education system, changes in attitudes and values, emphasis addressed science and technology, planning, and the role of the private sector more dynamic. 



Monday, September 29, 2014

BAB 7 - ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA (FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR LUAR)

FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR LUAR
Pembentukan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan arah dasar luar negara. Faktor-faktor berkenaan ialah sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.

FAKTOR SEJARAH

Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatic dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis ini menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis. Pada masa yang sama, Malaysia masih bergantung kepada kuasa Barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan.

FAKTOR EKONOMI

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan negara-negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Beberapa langkah telah diambil bagi menggalakkan pelaburan asing. Langkah ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

FAKTOR POLITIK

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

FAKTOR GEOGRAFI

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap keselamatan Malaysia.

FAKTOR DEMOGRAFI

Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majority beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia meneybabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.

Ulasan: - Dasar luar yang diamalkan adalah mengikut senario dan perkembangan politik Negara yang baru merdeka daripada jajahan British sehingga pernah menjadi tuan rumah persidangan serantau dan antarabangsa..
 Secara keseluruhannya dasar luar Malaysia telah menempuh pelbagai peringkat perkembangan yang didorong oleh perubahan daripada segi persekitaran, social, ekonomi, politik dan keselamatan semasa



sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/2012/07/faktor-faktor-pembentukan-dasar-luar.html


Posted by: MUHAMMAD DANIAL B ZAHARI - 19DPM14F1083

Thursday, September 18, 2014

BAB 8 - ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (PERKARA 3 DAN PERKARA 11)

PERKARA 3. UGAMA BAGI PERSEKUTUAN..
(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.

PERKARA 11. KEBEBASAN UGAMA.
(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.
(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak -





(a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;
(b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan
(c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Ulasan: Adalah jelas daripada analisis di atas, Islam dalam perlembagaan itu bukan sahaja hanya terkandung 
dalam Perkara 3, tetapi ia juga harus dibaca bersama dengan Perkara 8, 11, 12, 121, 150 dan kedudukan Yang di Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam. Kesemua ini menunjukkan Islam dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan dari agama lain. Maka perkara ini perlu difahami oleh setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda agar sentiasa berlapang dada dalam sesuatu isu yang melibatkan Islam dan orang Melayu dalam perlembagaan. Ini sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 215 iaitu Islam dan orang Melayu merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia (Berita Harian 17 Oktober 2008). Di samping itu, Islam menganjurkan agar menerima perbezaan agama dan etnik sebagai satu yang lumrah dalam manusia seperti Surah al-Baqarah 49:13, mengelakkan cemuhan budaya, etnik dan agama, bersopan santun dan berbudi seperti Surah an-Nahl 16:125, Surah Thaaha 20:44 dan Surah al-Hujurat 49:11.


Posted by: MUHAMMAD DANIAL B ZAHARI - 19DPM14F1083