Wednesday, October 1, 2014

BAB 5 - KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN (RUKUN NEGARA)

RUKUN NEGARA 


     Dalam setahun dua ini kita sering mendengar lagu Rukun Negara berkumandang di media elektronik khususnya televisyen.Sememangnya Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia khususnya dan penduduk Malaysia amnya. Namun tahukah kita apakah rukun negara itu sebenarnya?

Apabila pertanyaan tersebut diajukan kepada golongan muda (dan bahkan sebilangan orang dewasa), mereka akan segera menjawabbahawa rukun negara ada lima perkara.

Sebenarnya Rukun Negara bukanlah merujuk kepada lima teras seperti yang dinyanyikan itu atau seperti yang ditunjukkan dalamkaca TV saban hari. Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. RukunNegara adalah satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasapenggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Mungkin ramai generasi muda yang tidak memahami secara terperinci apakah Rukun Negara. Dalam tulisan ini, penulis sajikanringkasan Rukun Negara daripada segi latar belakang, objektif, prinsip dan strategi yang telah diambil oleh kerajaan bagi mencapaiobjektif tersebut.


Latar belakang

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan KaliKe-13. Rukun Negara adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakuran negara Malaysia.Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang memikul tanggungjawab menjalankanpemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenalisebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yangsemakin goyah pada masa itu – perbalahan antara etnik pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966(di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).

Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkantiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Rukun Negara adalah hasildaripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN).

Objektif Rukun Negara

Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti berikut:

• Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat
• Untuk memelihara cara hidup demokratik
• Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati        bersama secara adil dan saksama
• Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan          berbagai-bagai corak; dan
• Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi      moden

Prinsip-Prinsip Rukun Negara

• Kepercayaan kepada tuhan
• Kesetiaan kepada raja dan negara
• Keluhuran perlembagaan
• Kedaulatan undang-undang
• Kesopanan dan kesusilaan


UlasanRukun Negara harus dilihat sebagai `internal cohesion' atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih relevan untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia seperti disarankan kerajaan.



sumber: https://www.scribd.com/doc/93500457/RUKUN-NEGARA-Penuh-Detail-Lengkap

Posted by: GAN MING TECK - 19DPM14F1087

No comments:

Post a Comment